PISA 2018

SMK Kepong Baru berbangga kerana terpilih sebagai salah sebuah daripada 192 sekolah di seluruh Malaysia untuk menyertai Kajian Utama Programme for International Student Assessment (PISA) 2018. Kajian ini turut disertai oleh 81 buah negara di seluruh dunia dan akan dilaksanakan pada bulan April 2018.
Kajian PISA ini dianjurkan oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) untuk mentaksir murid yang dilahirkan pada 2002. Sebanyak 35 murid yang akan dipilih untuk pentaksiran tiga domain iaitu Literasi Bacaan (domain utama), Literasi Matematik dan Literasi Sains.