Makluman Calon SPM 2018

 Peringatan kepada semua calon SPM 2018 

1. Slip Keputusan SPM, Sijil Berhenti Sekolah, Surat Akuan, PAJSK akan diedarkan kepada semua calon spm 2018 selepas majlis penyampaian keputusan straight A’s di Dewan Seri Mutiara. 

2. Slip keputusan akan ditahan sehingga hutang yuran Sekolah, PIBG, pinjaman buku SPBT dan PSS telah diselesaikan. 

3. Semua sijil dan slip SPM boleh di ambil di pejabat sekolah selepas pukul 12.00 tengahari 14 Mac 2019. 

4. Slip keputusan hanya akan diedarkan selepas mendapat pengesahan pemulangan buku-buku SBPT,PSS dan hutang yuran sekolah daripada guru-guru berkenaan. 

SPBT – Pn Nur Hidayah , PBS – Pn Juliyana , Yuran Sekolah – Pn Cheong Li Kuan 

5. Sekiranya calon tidak berpuas hati tentang keputusan yang dinyatakan pada slip peperiksaan, permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan (LP/Am 65 Pin.1/2016). Borang ini boleh didapati di Sektor Unit Penilaian dan Peperiksaan JPWPKL, kaunter semak semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my 

6. Permohonan perlu sertakan 1 salinan keratan keputusan SPM, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan PBS yang telah disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A. 

7. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan tidak akan diproses. 

8. Kadar bayaran proses penyemakan semula adalah RM 100 bagi setiap mata pelajaran dan permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari hari tarikh keputusan diumumkan. 

9. Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM ulangan 2019 atau SPM sebagai calon persendirian 2019, pendaftaran dibuka bermula pada 14 Mac hingga 31 

Mac 2019. Pendaftaran boleh dibuat dalam talian dengan melayari laman web LP di alamat spat.moe.gov.my. Urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran hendaklah melalui JPWPKL 

10. Semua pengesahan salinan-salinan sijil hanya boleh dibuat oleh Penolong-penolong Kanan dan Ketua-ketua Bidang pada hari bekerja dari pukul 9.00 a.m. hingga 2.00 p.m. 

11. Sila dapatkan sijil asal SPM 2018 dari pihak sekolah pada awal tahun 2020. 

12. Pelajar-pelajar yang mendapat 8A ke atas dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada 27 April 2019 (Sabtu). 

Muat Turun Borang Semak Semula SPM 2019 di bawah:

1)Borang Semak Semula_Kes T

2)PERATURAN SEMAK SEMULA & KES T SPM 2018